TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SUKAN TAHUNAN SKTI 2010

LAWATAN KE MRSM TAIPING

Friday, May 27, 2011

PERTANDINGAN NYANYIAN-4 KAMIL

Tahniah kepada murid-murid yang terlibat kerana berjaya memberikan komitmen yang baik walaupun diberi masa latihan dan persediaan yang singkat.





PEMBELAJARAN SECARA SIMULASI DALAM MATEMATIK

Murid amat berminat dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.




Thursday, March 25, 2010

Apabila datang kesusahan dan kepayahan, disitulah nyata lawan dan kawan.

Friday, March 19, 2010

Cerita Teladan

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.
Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya

Sunday, January 24, 2010

CITA-CITA DAN IMPIAN (RENUNGKAN BERSAMA..)

Jika tidak ada sesuatu yang boleh menghalang anda di dalam dunia ini, apakah yang ingin anda capai?


Jika anda ada banyak masa yang lapang, wang yang tidak kehabisan dan semua kemahiran diri yang hebat, apa yang ingin anda lakukan dalam hidup anda?


Cita-cita dan impian bermula dengan keinginan dalam diri yang tidak dibataskan oleh kekurangan atau kelemahan diri. Maksudnya, jika anda mahu mencapai sesuatu, anda mungkin kurang rasa bersemangat kerana anda rasa anda ada banyak kelemahan seperti tidak

Wednesday, January 20, 2010

Teknik Mengulangkaji Pelajaran

Merancang Program Mengulangkaji



Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.

Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.

Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.

Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

SELAMAT BELAJAR.....

Anak-anak harapan

Anak-anak harapan

Followers